Tuesday, 21 October 2014

KURSUS ROTI ARAB DI PEJABAT PERTANIAN PULAU PINANG.

Salam wbt.Hari ini selasa 30/4/14 bersamaan 30 J.Akhir 1435H jam 9.00am ~ 1.00pm berkesempatan menghadiri Kursus Membuat Roti Arab di Pejabat Pertanian Pulau Pinang.Seramai 32 usahawan yang rakan kami juga menghadiri kursus tersebut.Zaujah ana Pn Musalmah Yusop bertindak sebagai Chef Pengajar dalam kursus tersebut.Ana sebagai pembantu dan promosi sahaja.Nor Zamri bin Latiff.






Roti Madd Produk Baru Sejati Ummah..

Salam wbt.Kami telah mengeluarkan roti terbaru kami yang dipanggil Roti Madd.Ada yg menyatakan macam Roti John.Lebih kuranglah cuma Roti Madd lebih pendek saiznya dan John orang Putih manakala Madd ini nama Melayu.Setiap sabtu pagi kami akan berniaga di Yayasan An-Nahdhoh(Kuliah Perdana Ust Mutalib Maarof).Masak fresh disitu yang membangkitkan aroma Madd tersebut.In Sha Allah akan membuka kiosk seterusnya.Sebarang pertanyaan hubungi saya Nor Zamri 0194716546.Sebarang komen atau pandangan amat dialu-alukan untuk penambah baikan produk Roti Madd.






Pengeluaran Roti Arab..

Salam wbt.Kami menjalankan pengeluaran produk kami hanya di Bengkel Kampung yang menjadikan rumah 'Semi D' untuk pengeluaran produk kami.Alhamdulillah walaupun 'Kampung' kami telah mendapat Lesen Berniaga dari PBT(Pihak Berkuasa Tempatan MPSP).Perlu diaudit oleh Jab.Kesihatan MPSP dan Bomba.Kami banyak mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang.In Sha Allah akan menyusul Halal Jakim yang dalam proses permohonan.Semua proses ini adalah untuk mempastikan tahap piawaian kebersihan terjamin.Dan juga raw material(bahan mentah) adalah dari sumber Halal.Terimakasih kepada sahabat yang menyokong dan mempromosi hasilan produk kami.

Sila Hubungi Kami dengan segera jika anda berminat..019-4806546..







Roti Arab ada dijual di sini..

Salam wbt. Sebagai Saudagar Roti Arab,ada yang bertanya mai dari Arab ke?Ana kata ya,tetapi Roti Arab Melayu.


Penerangan ringkas mengenai roti arab.


1.Produk makanan yang berciri roti adalah keperluan harian pengguna
2.Alternatif kepada sarapan pagi,petang dan malam selain roti canai manakala kandungannya pula TANPA KOLESTROL.
3.Produk sedap dan menyelerakan serta diterima baik oleh pelbagai bangsa.
4.Juga enak dimakan begitu sahaja.

Pasaran Roti Arab.


Roti Arab yang kami usahakan dipasarkan diarea Utara Perak sehingga Seberang Perai Utara.Dan ada juga permintaan dari negeri lain yang kami poskan.Dan ada juga yang kami hantar sendiri walaupun diluar area kami sekiranya permintaan tinggi.Gambar yang dipaparkan adalah Restoran yang mengambil kuantiti yang banyak.Ketahanan Roti Arab kami reka untuk 10 hari sahaja dan untuk yang letak dalam frozen tahan 2 bulan.Dan kami lebih mahu diletakkan diluar frozen supaya mudah dilihat.Pasaran kami 90 peratus yang ada roti canai sekali.Roti Arab cuma dipanaskan 20 saat diatas kuali dan dihidangkan terus.Untuk yang buat kenduri kahwin atau perayaan boleh dihidangkan terus dengan kuah.Hubungi kami untuk tempahan atau jualan dikedai atau sebagai pengedar di 0194716546 / 0194806546 / 0133820535.

Selamat Datang ke Blog Roti Arab Sejati Ummah..

Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog kami iaitu Blog Roti Arab Sejati Ummah..

Sedikit sebanyak tentang roti arab kami..

Roti Arab Sejati Ummah bertapak di Sg acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak tahun 2007.
Sudah banyak respon positif yang kami telah dapat daripada pelanggan- pelanggan kami.

Setelah lama kami memperkenalkan Roti Arab kami, kami jua telah memperkenalkan beberapa produk lain yang juga mendapat sambutan hangat di kawasan Nibong Tebal.

Jika anda berminat dengan Roti Arab Sejati Ummah, Bolehlah hubungi

0194716546 / 0194806546 / 0133820535.